Hudud
adalah penjatuhan sanksi yang berat atas sesorang yang telah ditentukan oleh
Al-Qur'an dan Hadist, seperti zina, mabuk dan keluar dari agamaa Islam atau
murtad.
Dalam
hukum Islam iaitu syariah, jenayah hukum mengundang segolongan hukuman yang
ditetapkan oleh Allah (dan tidak boleh dicabar atau dipinda) menurut
kepercayaan Muslim,
Antaranya
sebatan atau rejaman hingga mati di khalayak umum, pemotongan tangan atau hukuman
bunuh di khalayak umum. Akan tetapi hukuman rejam dan bunuh di khalayak umum
agak jarang berlaku pada zaman sekarang di kebanyakan negara Islam.
Kini
ia terdapat di negara-negara Islam yang menurut tafsiran syariah yang paling
ketat seperti Arab Saudi dan Iran.
Hukum
syariah mengenali jenayah-jenayah lain yang tidak tergolong dalam hudud.
Antaranya
ialah qisas yang dikira sebagai pertikaian peribadi antara dua pihak yang
membenarkan tindakan balas sebagai hukuman, dan takzir yang mana hukuman
terpulang kepada budi bicara hakim syariah.